J620-001-4:2025
Available Exam Dates
Course Requirements
Program DKM Operasi Pertahanan Keselamatan Siber Tahap 4 membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan langkah perlindungan keselamatan siber bagi memastikan infrastruktur dan sistem ICT organisasi kekal selamat daripada ancaman serta serangan siber. Program ini merangkumi kemahiran seperti pengukuhan keselamatan rangkaian, sistem endpoint, perkhidmatan rangkaian, aplikasi web dan pangkalan data, selain melibatkan penilaian kerentanan (Vulnerability Assessment) serta pengurusan peristiwa dan amaran keselamatan siber.
Program ini sesuai untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran dalam bidang operasi pertahanan siber, keselamatan rangkaian dan pemantauan keselamatan ICT, selaras dengan keperluan industri digital dan keselamatan siber semasa.
Kod NOSS: J620-001-4:2025
Tahap: DKM Tahap 4
Bidang: Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) – Keselamatan Siber
Nama NOSS: Operasi Pertahanan Keselamatan Siber / Cybersecurity Defence Operations